Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
« April 2009 »
S M T W T F S
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30
Entries by Topic
All topics  «
My Journey
Sunday, 12 April 2009
Website

I wish to have my own web site. Anybody can help ???Please......

Ads by AdGenta.comPowered by Qumana


Posted by Logkou at 12:06 PM EDT
Post Comment | Permalink | Share This Post
Handicraft

Hi,

Are you interested on handicraft? Here are handicraft from North Borneo, 'Land Below The Wind'. Do you know that North Borneo has 48 ethnics? Sure she has different types of cultures.

Interested? Please send your inquiries through this e-mail; yahaingaiti@gmail.com

Ads by AdGenta.comPowered by Qumana


Posted by Logkou at 2:51 AM EDT
Post Comment | Permalink | Share This Post
Saturday, 11 April 2009
easy money

Making money through internet? Just click on the link below then explore....

Click Here

Tags: , , ,

Powered by Qumana


Posted by Logkou at 8:25 AM EDT
Updated: Friday, 17 April 2009 12:25 PM EDT
Post Comment | Permalink | Share This Post
Tuesday, 20 May 2008
Truck gergasi di jalan sempit (rancha-rancha - patau-patau) Labuan

Pemandu truck sentiasa berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan yang lain.

Kelihatan dahan-dahan kayu berjatuhan di atas jalanraya.

Operasi ini kelihatan turut disertai oleh Perbadanan Labuan, Polis Trafik dan pekerja-pekerja Syarikat yang berkenaan. Dua light-truck turut kelihatan tetapi tidak diketahui fungsinya. Manakala sebuah kenderaan yang kelihatan seperti Forklift yang diubahsuai berfungsi untuk membolehkan pekerja memotong dahan yang patah tetapi masih bercantum dengan pokok. Dua orang pekerja pula kelihatan berjalan kaki sambil masing-masing membawa sebatang galah yang tujuannya untuk menjolok kabel elektrik mahupun kabel telefon yang menghalang laluan truck gergasi tersebut.

Operasi ini telah menyebabkan kesesakan lalulintas. Kenderaan dilaluan yang sama dengan truck gergasi tersebut terpaksa mengekori dengan kelajuan yang sama dengan seseorang yang berjalan kaki. Pada suatu ketika, pemandu truck gergasi tersebut terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan di belakangnya.

Salah satu daripada tiga truck gergasi itu kelihatan lebih condong ke bahagian kanan seolah-olah akan rebah dan menimbulkan rasa cemas. Salah seorang pekerja Syarikat berkenaan memberi isyarat supaya kenderaan yang mengekori truck gergasi tersebut memotong di bahagian kiri. Pada waktu itulah saya terlepas dari kesesakan jalanraya dan tidak pasti apa yang berlaku seterusnya.

Sewaktu kembali melalui jalan tersebut diarah yang bertentangan, didapati bahawa jalanraya telah dibersihkan dan keadaan lalulintas kembali seperti sediakala.

Powered by Qumana


Posted by Logkou at 10:02 AM EDT
Post Comment | Permalink | Share This Post
Monday, 19 May 2008
Cukai atau Zakat?

Sekiranya anda diberi peluang adakah anda akan membayar cukai atau zakat? Kedua-duanya ada kebaikan bergantung kepada keutamaan anda.

Sekiranya anda peka terhadap pembangunan negara dan berkeyakinan penuh terhadap pengurusan kewangan negara, maka anda patut membayar cukai.

Sekiranya anda peka terhadap kemajuan serta kebajikan orang Islam maka zakat adalah pilihan anda. Membayar zakat bukan sahaja mengecualikan anda daripada membayar cukai malah ianya menambah pahala anda. Anda tahu bagaimana zakat digunakan. Sekiranya wang zakat anda disalahgunakan, anda tidak akan menanggung dosa tetapi mereka yang menyalahgunakan wang zakat yang akan menerima azab neraka.

Sekiranya saya diberi pilihan saya akan memilih zakat, namum zakat hanya untuk mereka yang beragama Islam. Seandainya sumbangan yang saya berikan kepada institusi keagamaan diambil kira, saya akan membuat pilihan ini. Sekurang-kurangnya saya mendapat pahala.

Powered by Qumana


Posted by Logkou at 11:53 AM EDT
Post Comment | Permalink | Share This Post
Sudah kah anda membayar cukai?

Tarikh akhir membayar cukai telah berlalu. Ke manakah cukai anda?

Salah satu punca kewangan negara adalah melalui cukai yang dibayar oleh anda, saya, syarikat-syarikat dan pihak-pihak yang tahu tanggungjawab mereka dalam hal pembayaran cukai ini. Cukai-cukai ini akan digunakan untuk pelbagai tujuan yang akan memberi faedah kembali kepada pembayar cukai. Sekolah, hospital, jalan raya. jambatan, pasar, tandas awam, taman permainan dan pelbagai lagi berjaya disediakan oleh kerajaan melalui cukai kita. Sekiranya cukai yang kita bayar adalah bertujuan untuk membangunkan negara dan menyediakan keselesaan kepada penduduk negara ini, mengapakah terdapat projek-projek yang langsung tidak menyumbang kepada pembangunan dan keselesaan penduduk negara ini?

Pusat tahanan pendatang tanpa izin (PTI) akan diperbanyakkan diseluruh negara terutamanya di negeri Sabah. Pengumuman yang dibuat oleh Menteri yang berkenaan bagaikan orang mengantuk disurungkan bantal. Bilalah masalah PTI negara ini akan selesai? Mengapakah teramat susah untuk negara kita menghantar balik PTI ini semula ke negara asal mereka? Sampai bila kita perlu mengamalkan "hati kampung"? Belas kasihan yang tiada penghujung. Adakah rakyat negara ini akan memdapat layanan yang sama sekiranya menjadi PTI di negara lain?? Jawapannya sudah tentu tidak. Kita akan dihantar terus didalam penerbangan yang seterusnya. Menambah pusat tahanan PTI bukan sekadar memambah bangunan tetapi juga tenaga kerja, makanan, bil air, bil elektrik dan macam-macam bil. Sekiranya kita tidak menyediakan semua kemudahan asas tersebut di pusat-pusat PTI, pihak Bangsa-bangsa Bersatu pula akan mengutuk negara kita sebagai tidak berperikemanusiaan.

Pembinaan serta penyelanggaraan pusat tahanan PTI bukan sekadar RM100 atau RM1000. Alangkah gembiranya kanak-kanak, ibubapa dan pembayar cukai di pendalaman seperti Kemabong, Tenom dan Longkogungan, Penampang sekiranya sebuah sekolah dibina untuk mereka, jalan ke sekolah diperbaiki dan rumah mendapat bekalan air yang bersih. Wang yang diperuntukan untuk pusat tahan PTI tersebut dapat merealisasikan impian mereka dalam sekelip mata.

Kesimpulannya, siapakah yang perlu kita utamakan? Monyet dihutan atau anak di rumah?

Powered by Qumana


Posted by Logkou at 11:12 AM EDT
Post Comment | Permalink | Share This Post
Tun keluar UMNO

Tun Dr Mahathir telah keluar dari UMNO. Ini akan memberi tekanan kepada Pak Lah serta pemimpin yang lain. Adakah berkemungkinan bahawa pemimpin berkedudukan yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pak Lah akan mengikuti jejak langkah Tun?

Beberapa hari yang lalu selepas pilihanraya umum, kita telah banyak mendengar ketidakpuasan hati beberapa pemimpin yang mempunyai kedudukan dalam UMNO. Berbagai alasan diberikan yang mana kebanyakannya berkisar dengan kekalahan BN di beberapa negeri. Dan.........ramai pula yang menyangkal dakwaan bahawa mereka akan berpaling tadah kepada perjuangan parti. Mereka, walaupun tidak berpuashati, mempertahankan bahawa mereka setia dan tidak akan meninggalkan UMNO. Sejauh manakah atau selama manakah mereka akan bertahan dalam penafian ini?

Salah satu persoalan yang akan menghangatkan lagi suasana yang disebabkan Tun keluar UMNO ialah adakah ini akan mempermudahkan lagi Pakatan Rakyat dalam misinya untuk mentadbir Malaysia? Datuk Seri Anwar jadi Perdana Menteri? Beliau (Datuk Seri Anwar), telahpun meramalkan untuk menjadi Perdana Menteri seawal Ogos tahun ini.

Kita tunggu dan lihat..............................!

Powered by Qumana


Posted by Logkou at 10:34 AM EDT
Post Comment | Permalink | Share This Post

Newer | Latest | Older

Open Community
Post to this Blog
You are not logged in. Log in