Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
« May 2008 »
S M T W T F S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
Entries by Topic
All topics  «
My Journey
Monday, 19 May 2008
Tun keluar UMNO

Tun Dr Mahathir telah keluar dari UMNO. Ini akan memberi tekanan kepada Pak Lah serta pemimpin yang lain. Adakah berkemungkinan bahawa pemimpin berkedudukan yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pak Lah akan mengikuti jejak langkah Tun?

Beberapa hari yang lalu selepas pilihanraya umum, kita telah banyak mendengar ketidakpuasan hati beberapa pemimpin yang mempunyai kedudukan dalam UMNO. Berbagai alasan diberikan yang mana kebanyakannya berkisar dengan kekalahan BN di beberapa negeri. Dan.........ramai pula yang menyangkal dakwaan bahawa mereka akan berpaling tadah kepada perjuangan parti. Mereka, walaupun tidak berpuashati, mempertahankan bahawa mereka setia dan tidak akan meninggalkan UMNO. Sejauh manakah atau selama manakah mereka akan bertahan dalam penafian ini?

Salah satu persoalan yang akan menghangatkan lagi suasana yang disebabkan Tun keluar UMNO ialah adakah ini akan mempermudahkan lagi Pakatan Rakyat dalam misinya untuk mentadbir Malaysia? Datuk Seri Anwar jadi Perdana Menteri? Beliau (Datuk Seri Anwar), telahpun meramalkan untuk menjadi Perdana Menteri seawal Ogos tahun ini.

Kita tunggu dan lihat..............................!

Powered by Qumana


Posted by Logkou at 10:34 AM EDT
Post Comment | Permalink | Share This Post

Newer | Latest | Older

Open Community
Post to this Blog
You are not logged in. Log in