Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
MyView
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Open Community
Post to this Blog
« May 2008 »
S M T W T F S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
Entries by Topic
All topics  «
You are not logged in. Log in
Monday, 19 May 2008
bado dan dugong

Tags: ,

Bado, sejenis beruk, berwarna hitam dengan mata kemerahan adalah haiwan yang suka mengganas.

Bado tidak suka bekerjasama dan sentiasa mempertikaikan hasil kerja yang lain. Apabila terdapat banyak monyet di sekelilingnya, mulalah ia membuat bising dan mengganas. Ini menyebabkan monyet yang lain tidak selesa. Ada yang marah, takut dan ada pula yang memendam perasaan.

Walaupun sebenarnya Bado tidaklah sekuat mana, namun mulutnya yang berbau sangat berbisa. Ha...! Tunggulah sehingga monyet-monyet lain mula menentang. Melihatkan keadaan, monyet lain tersebut cuba mententeramkan diri untuk mengelakkan pertelingkahan yang tidak membawa makna.

Dugong yang berbadan besar dan berlemak tinggi sehingga kini belum dapat dipastikan keturunannya. Sekejap mengaku keturunan ikan dan sekejap pula mengaku berketurunan haiwan. Binatang apa ni? Dugong sama sahaja dengan Bado, namun darjatnya lebih tinggi. Jadi.........bolehlah ia memperbodohkan ikan-ikan dibawahnya.

Pada kebiasaannya, Dugong sangat suka membuat arahan yang ia sendiri masih kabur. Dugong sangat bijak mengatur kata-kata dan tidak suka disamakan dengan yang lain kerana menurutnya ia sangat sempurna. Dugong selalu mendahului apabila mendapati dirinya telah melakukan kesalahan. Awas !... Dugong juga boleh mengganas seperti Bado.

Bado dan Dugong sangat serasi. Apabila Bado ada masalah, maka datanglah Dugong membantu dan begitulah juga apabila Dugong yang bermasalah. Bado dan Dugong bagai pinang dibelah dua. Genetik Bado yang bercampur dengan genetik Dugong telah menghasilkan tiga Bagong.

Sifat-sifat Bagong belum dapat dilihat lagi. Tunggulah...................

Powered by Qumana


Posted by Logkou at 12:58 AM JST
Updated: Monday, 19 May 2008 2:23 AM JST
Post Comment | Permalink | Share This Post

View Latest Entries